Telah
bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan
malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai
124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang
berwarna hijau
seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika
Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya,
maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak
begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada
Allah, “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih
baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab
pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka
malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk
bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh
malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000
tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibrail selesai
melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, “Wahai
Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh
dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti
ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua
rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang,
dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi
kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya
solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana
mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu
bukan atas perintahKu”.
Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail
pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabbku, apakah yang Engkau
berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”
Maka Allah berfirman yang ertinya, “Ya Jibrail, akan
Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat
Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa
tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya,
maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju
syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan
jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah
malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail
akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah
pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, “Ya Rabbku, apakah
aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau
seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail,
meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku
memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu
kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya
kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang
telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan”.
Sabda Rasulullah, “Sebelah kanan sayap
Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk
bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang
sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala
isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala
jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang
terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat
Zabaniyah“. Kata Rasulullah lagi, “Apabila telah
sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke
dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik
rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka
pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik
roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan
dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
“Kalau orang yang nazak itu orang beriman,
maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan
sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa
orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah
kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat
takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui
kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara
ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu
kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita
melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?
Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan
Dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali Allah bertanya kepada manusia dan makhluknya dengan pertanyaan, “Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?”
syahirul.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan