Professor
Alison Pakar Elektronik Dan Elecktrikal
Penyelidikan parapsikologi dan perlakuan spiritual
dibawah cahaya al-Quran telah mempengaruhi Dr. Arthur J Alison menyedari
hakikat kebenaran agama Islam, sebagaimana yang dilaporkan didalam akhbar
harian Jeddah, Okaz. Dr Alison yang memeluk agama Islam ketika menghadiri persidangan saintifik di Kaherah
mengatakan bahawa orang Islam sendiri telah gagal menunjukkan hakikat saintifik
yang ada pada agama Islam kepada yang bukan beragama Islam.
Beliau yang kini bernama Abdullah Alison, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan Elecktrikal
di sebuah Universiti di Britain
(University of London), menyeru saintis barat mengenali
Islam yang beliau sifatkan sebagai “agama yang menjawab kedua-dua bidang intelek
dan sentimen sekali gus”.
Berapa sainstis barat yang kebetulan mengkaji al-Quran dimana
penyelidikan akademiknya memerlukan mereka melakukan hal sedemikian, telah memeluk agama Islam apabila melihat Islam sebagai agama
saintifik yang tidak menafikan penyelidikan saintifik moden
, tidak seperti agama-agama lain.
Dr Alison mengatakan bahawa beliau telah bertugas
selama enam (6) tahun sebagai pengerusi
Pertubuhan Parapsikologi dan Spritual British. Kedudukan
ini telah mendorong beliau mempelajari pelbagai agama dan falsafah, termasuk
agama Islam.
Dr Alison telah menghantar kertas penyelidikannya ke
sebuah Persidangan di Kaherah yang membicarakan mengenai perhubungan diantara TIDUR dan MATI,
dimana menurut beliau ia merupakan
kajian substansi menggunakan peralatan elektrikal dan elektronik,
yang merupakan bidang kepakaran beliau.
Menurut beliau, semasa menulis kertas kerja untuk Persidangan di Kaherah, matlamat
utama beliau adalah untuk mengkaji
perubatan parapsikologi dan spiritual didalam kacamata al-Quran. Keputusannya adalah sangat memeranjatkan dan sangat
menyakinkan terutamanya keadaan semulajadi, kondisi tidur dan kematian dan
lain-lain fenomena yang berkaitan. Tambah beliau “Kegembiraanku
tidak terhingga dimana kajian ini sangat menyakinkan, seterusnya saya menemui
Islam”. Beliau meluahkan rasa kekesalan
bahawa Barat sebenarnya jahil tentang
pendekatan saintifik terhadap Islam. “Didalam diskusi
kami di Persidangan tersebut, kita telah mencapai konklusi bahawa Islam tidak
bercanggah dengan sains, dan merancang untuk melakukan penyelidikan yang lebih
lanjut didalam penyelidikan parapsikologi dibawah naungan al-Quran”
kata penyelidik Ingerris ini.
Semasa menyediakan kertas kerja untuk Persidangan
Kaherah, Dr Alison telah berhenti pada ayat al-Quran :
“Allah (Yang Menguasai
Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya,
jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati:
Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya
dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang
ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [surah al-Zummar : 42]
Bagi mendalami bab saintifik al-Quran ini, Dr. Alison telah bekerjasama dengan Dr al-Musherif dan berjaya
membuktikan bahawa tidur dan kematian
hanyalah satu proses (one single process) sebagaimana yang
dinyatakan didalam ayat al-Quran diatas dan berkata bahawa orang Islam telah lalai
menyerlahkan fakta-fakta saintifik
al-Quran kepada bukan Islam.
Menurut beliau, eksperimen beliau telah menunjukkan
bahawa ada sesuatu benda telah keluar dari badan manusia apabila seseorang
lelaki atau wanita tidur, dan akan kembali masuk menyebabkan mereka bangun
tidur. Akan tetapi kematian pula menujukkan sesuatu benda itu tidak kembali. “Dan al-Quran
telah menyebut sejelas-jelasnya”, Tambah
Dr Alison “saya yakin dengan apa yang diperkatakan oleh al-Quran”.
Dr Al-Mushrefi, seorang saintis arab dari Utara Yaman dan
merupakan rakan penyelidik Dr Alison berkata bahawa Dr Alison memang tidak pernah makan babi atau minum arak seumur
hidupnya dan kini setelah beliau memeluk
agama Islam dia telah membantu menyebarkan mesej Islam.
Mr
Jacques Yves Cousteau Pakar Laut Dalam
Pakar Kajian Laut Dalam Perancis, Mr Jacues Yves Cousteau, seorang
yang telah menghabiskan sepanjang hidupnya mengkaji penghidupan dibawah Laut,
dan beliau merupakan seorang yang berotoriti didalam bidang eksplorasi Laut Dalam telah memeluk agama Islam setelah menemui
satu penemuan yang menakjubkan dan
disahkan oleh al-Quran, Kitab yang telah diturunkan kepada
Manusia dan Jin.
Suatu hari didalam melakukan kajian Laut Dalam, Mr Jacues Yves Cousteau telah
mendapati bahawa terdapat kesan-kesan
Air tawar dari mata air berada didalam Air Laut masin. Apa
yang menakjubkan beliau adalah air
tawar dari mata air tersebut tidak bercampur dengan air Laut masin
itu. Agak lama juga beliau mencari sebab kenapa fenomena ini berlaku, dan
beliau tidak menemui sebarang jawapan.
Pada suatu hari, beliau telah menemui seorang
Professor yang memberitahu beliau bahawa fenomena yang berlaku itu adalah
merupakan satu perintah dari Allah swt sebagaimana firmannya :
“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan
dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi
masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan
sekatan yang menyekat percampuran keduanya “ [Surah Al-Furqan : 53].
“Atau siapakah yang telah
menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara
bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang
menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang
tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak
mengetahui” [Surah An-Naml : 61].)
“Dia biarkan air dua laut (yang
masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara
keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui
sempadannya” [Surah al-Rahman : 9:20]
Mendengar keterangan ini, Mr Jacques Yves Cousteau menjadi
yakin akan kebenaran al-Quran,
lantas memeluk agama Islam.
Professor
Tejasen Pakar Kulit
Semasa lawatan ke Arab Saudi, Prof. Tejatat Tejasen, bekas Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi Universiti Chiang
Mai, telah ditujukkan ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi berkenaan dengan
proses embriologi. Respon Prof Tajasen adalah bahawa
didalam catatan-catatan Budha
juga mengandungi penerangan berkenaan dengan proses embrio ini. Walau
bagaimanapun setelah mengkaji kembali catatan-catatan Bhudha tersebut, beliau
tidak menjumpa perkara tersebut.
Professor telah ditanya, samada kajian beliau ada
kaitan dengan kaji-selidik Professor
Keith Moore, seorang sainstis
Kanada. Jawapan beliau. Memang dia mengenali Professor
Keith Moore dan dia merupakan seorang yang sangat-sangat dikenali didalam bidang Embriologi.
Professor Tejasen kemudiannya telah membaca artikel penulisan Professor Moore
dimana Prof. Moore
telah memberikan pendapatnya bahawa wujud banyak perkara yang terdapat didalam al-Quran yang sangat sinonim dengan kajian Sains Moden. Prof. Tajasen
sangat tertarik dengan pandangan artikel tersebut dan berhajat untuk mengetahui
lebih mendalam. Ayat yang berikut telah diperlihatkan oleh beliau :
“Sesungguhnya orang-orang yang
kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam
api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk
mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan
(ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” [Surah Al-Nisa : 56)
Prof. Tejasen bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada
fenomena dermatologi (kajian kulit)
dimana Sains Moden
baru sahaja menemui perkara ini, dimana kulit
mengandungi semua penghujung saraf, dan jika kulit terbakar dengan mendalamnya
dan kulit tersebut hangus sepenuhnya,
seseorang itu akan hilang deria
sakitnya dan seseorang yang terlibat tidak akan merasa sakit lagi. Allah
swt tahu akan kajadiannya itu, dan akan menjadikan kulit baru kepada mereka yang kufur agar merasai kesakitan api neraka apabila kulit
tersebut hangus.
Prof. Tajasen juga
bersetuju bahawa adalah tidak mungkin sumber ini datang dari manusia, dan
dilihat dari al-Quran yang berusia 1400
teksnya, ilmu seperti ini tidak diketahui pada zaman tersebut. Dari mana pula
timbul ilmu tersebut, Tanya Prof. Tajasen. Tidak lain dari Allah swt yang
menjadi pencipta, maka dari dialah datang ilmu pengetahuan tersebut.
Prof. Tejasen kembali ke Thailand
dan menyampaikan beberapa siri ceramah mengenai apa yang telah beliau pelajari
di Arab Saudi.
Hasil dari ceramah beliau, lima
pelajar beliau telah memeluk Agama
Islam.
Prof. Tejasen kemudiannya telah kembali ke Arab Saudi
untuk menghadiri sebut Persidangan di
Riyad. Disana, beliau telah menyampai ucapannya. Didalam
ucapannya, kajian tersebut telah membawanya mempercayai bahawa semua yang ada didalam al-Quran itu adalah BENAR.
Beberapa tanda-tanda dari wahyu yang
telah diturunkan pada 1400 tahun yang lalu, baru kini Sains Moden dapat membuktikannya.
Semua tahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w
tidak boleh menulis dan membaca, maka ini membuktikan bahawa kebenaran itu
telah disampaikan dari penciptanya, iaitu ALLAH. Professor meneruskan
ucapannya sambil berkata, telah tiba masanya saya mengumumkan : LA ILLA HA ILLALLAH,
MUHAMMADUR RASULULLAH!
Deklarasi yang dramatik itu telah disambut dengan
laungan Takbir, Allahu Akbar!
dari para peserta persidangan tersebut. Professor menyimpulkan ucapannya dengan
berkata bahawa beliau banyak mempelajari penemuan
sains di persidangan tersebut dan banyak berjumpa dengan
kawan-kawan baru, akan tetapi perkara yang tidak ternilai yang dilakukan adalah
beliau menjadi seorang Islam.
(Terjemahan
dari artikel asal yang ditulis oleh Nasir Aziz, dari video “The
Truth”)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan