Rabu, 4 Julai 2012

Beza daging kambing, biri-biri

Beza daging kambing, biri-biri
PROFESOR MADYA DR AZHAR KASIM




Kambing tidak sama dengan biri-biri. Panggilan ‘kambing biri-biri’ itu ialah sebutan tempatan bagi biri-biri sahaja. Bagaimanapun, rupa dua jenis ternakan ini hampir sama.

Apa yang membezakan keduanya adalah pada nama, ciri-ciri ekor, istilah untuk dagingnya serta kandungan lemak dan kolesterol. Ekor kambing berdiri hampir tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor lembu.

Daging kambing dalam bahasa Inggeris ialah chevon manakala daging biri-biri diberi nama mutton. Namun begitu, istilah lamb juga digunakan jika biri-biri disembelih pada umur muda. Daging kambing mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang terendah pada kalangan ternakan ruminan iaitu biri-biri, lembu dan kerbau.

Penjualan daging kambing khususnya daging kambing Boer masih tidak ketara di pasar raya. Paling biasa kelihatan di pasar raya ialah daging biri-biri. Harga daging biri-biri adalah jauh lebih rendah daripada daging kambing.

Pengusaha makanan sajian (katerer), hotel serta restoran lebih cenderung menggunakan daging biri-biri dalam masakan kerana harganya yang jauh lebih murah daripada daging kambing.


Persepsi salah

 


Disedari atau sebaliknya, ramai kalangan pengusaha makanan sajian, hotel dan restoran melabelkan lauk biri-biri mereka sebagai lauk kambing dalam bahasa Melayu tetapi menggunakan label mutton dalam bahasa Inggeris. Maka tidak hairanlah jika masih ramai rakyat
Malaysia memberi persepsi salah yang daging kambing mempunyai banyak lemak.

Beberapa pasar raya masih tidak menandakan daging kambing dengan tepat. Pengunjung pasar raya dan pembaca akhbar harian boleh terkeliru kerana istilah mutton diterjemahkan kepada ‘daging kambing’ oleh beberapa pasar raya besar pada rak jualan dan iklan dalam akhbar harian tempatan.

Kesilapan ini boleh membawa tindak balas negatif bagi promosi makan daging kambing kerana apabila dimasak mutton (yang disangka sebagai daging kambing) kelihatanlah kehadiran lemak yang nyata. Faktanya ialah daging kambing telah terbukti secara saintifik mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah daripada daging biri-biri.

Kambing baka komersil yang dibawa masuk ke negara ini sebelum dan selepas kemerdekaan banyak melambangkan pengaruh kolonial iaitu Inggeris. Pengaruh Inggeris terbukti dengan kemasukan baka-baka kambing Eropah yang berbadan lebih besar dari baka Katjang iaitu baka tempatan.

Antara baka-baka kambing Eropah ini ialah Toggenburg, British Alpine dan Anglo Nubian. Baka Jamnapari pula dibawa masuk dari sebuah lagi koloni Inggeris, iaitu India.







Pada hakikatnya ternakan dari negara bermusim, seperti Eropah, terdedah kepada tegasan haba dan menjadi kurang produktif bawah sistem tradisional berbanding dengan baka Katjang.


Sistem tradisional

Sistem tradisional yang kekal sehingga ke hari ini ialah peliharaan secara berlepas dan tanpa makanan tambahan yang bermutu seperti dedak dan sistem bertambat pada kawasan lapangan berumput seperti di dusun dan di tepi tali air.

Kelembapan tinggi dan suhu panas dalam iklim tropika ialah persekitaran sesuai bagi pembiakan parasit seperti cacing dan kutu. Infestasi cacing tanpa dirawat segera mudah menyebabkan kematian kepada baka-baka import berbanding dengan baka Katjang yang lebih
lasak.

Alternatif terbaik bagi meningkatkan daya ketahanan dan produktiviti ternakan ialah menghasilkan kacukan dengan cara mengahwinkan baka tempatan (Katjang) dengan baka berbadan lebih besar dari luar negara.

Laporan bancian pada 1979 menyatakan 84 peratus daripada kambing di Malaysia adalah dari baka Katjang. Selebihnya ialah kambing kacukan. Kesedaran mengenai potensi membangunkan kambing kacukan tempatan telah mendorong kepada penyelidikan dalam aspek pembiakbakaan kambing.

Pada awal 1980-an, kajian pembiakbakaan kambing dipergiatkan dengan penglibatan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Serdang dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan di Institut Haiwan Kluang.

Usaha kacukan ditumpukan kepada penggunaan baka yang diimport seperti Jamnapari, Anglo Nubian dan Saanen. Baka tersebut dikahwinkan dengan baka Katjang bagi mengekalkan ciri lasak dan kadar lahir kembar yang merupakan kekuatan pada baka Katjang.



Baka Katjang dan kacukan berasaskan Katjang berjaya mempelbagaikan harga pasaran kambing mengikut kemampuan pembeli.Pasaran bagi kambing hidup berkait rapat dengan amalan keagamaan seperti aqiqah.

Bagi tujuan aqiqah, umur kambing perlu melepasi dua tahun. Pembeli bermanfaat kerana boleh memilih daripada kambing jantan bersaiz kecil sehingga yang bersaiz sederhana besar. Kambing baka Katjang boleh dibeli dengan harga serendah RM350 sahaja. Bagi mereka yang berkemampuan, kambing kacukan berasaskan baka Katjang untuk tujuan aqiqah atau korban pula dibeli dengan harga antara RM500 ke RM800.


Kajian saintifik

Kajian saintifik membuktikan kandungan kolesterol dan lemak pada daging kambing adalah lebih rendah daripada daging biri-biri, lebih-lebih lagi apabila sembelih pada umur kurang dari setahun.

Kandungan lemak pada daging kambing ialah sekitar tiga peratus sahaja. Daging biri-biri pula mengandungi lemak sehingga 13 peratus. Ini bertambah jelas dengan tiadanya lemak pada keratan daging kambing. Sebaliknya, pada keratan daging biri-biri lapisan lemak yang tebal amat ketara sekali.



Oleh yang demikian fobia atau ketakutan untuk makan daging kambing adalah tidak berasas jika dikaitkan dengan kandungan lemak. Adalah tidak rasional juga dikaitkan daging kambing dengan penyakit darah tinggi kerana kandungan lemak rendah ini.

Bulu kambing jantan dewasa biasanya berbau hamis. Bagaimanapun, kambing jantan muda tidak berbau hamis. Daging kambing dewasa tidak akan berbau hamis jika penyembelihan dilakukan berpandu kepada kaedah yang betul atau mengikut petua atau amalan tradisional.

Teknologi terkini mampu menyahkan tisu yang menghasilkan bau hamis pada kambing jantan melalui prosedur yang dinamakan de-odorising yang dilakukan pada peringkat anak. Cara demikian dapat memastikan aroma hamis tidak terdapat dalam kandang kambing.


Era baru

Kemasukan baka Boer ke negara ini membuka era baru dalam bentuk pasaran daging kambing muda. Baka Boer, yang berasal dari Afrika Selatan, kini terdapat dengan banyaknya di Australia.



Baka ini adalah sesuai dengan iklim Tropika. Amalan pengurusan terbaik adalah peliharaan dalam kandang dan disediakan lapangan berumput di luar kandang untuk tujuan ragutan, dan pergerakan otot-otot badan bagi meningkatkan tahap kesuburan dan kesihatan kambing.

Sebaiknya kambing diberi peluang bersenaman sedemikian ketika cuaca tidak hujan selama dua hingga empat jam sehari. Berat kambing Boer jantan berumur dua tahun berpotensi mencapai sehingga 100 kilogram (kg). Berat sedemikian boleh diterjemahkan kepada harga jualan hidup melebihi RM1,500 bagi tujuan aqiqah dan korban iaitu bersamaan dengan harga seekor lembu baka tempatan.

Kambing kacukan berasaskan Boer pula mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 50 kg. Kambing Boer adalah alternatif yang baik bagi tujuan aqiqah dan korban kerana kepadatan daging yang tertinggi berbanding dengan baka kambing lain.

Susuk badan besar pada baka Boer diterjemahkan kepada anak yang lebih berat ketika kelahiran dan kadar pembesaran cepat. Pengurusan yang baik dapat menghasilkan berat lahir anak melebihi 3 kg dan melampaui berat 10 kg ketika berumur satu bulan. Kambing Boer boleh disembelih seawal-awalnya pada umur 5 ke 6 bulan ketika berat badan sekitar 40 kg.


Penyelam bina masjid pertama di bawah air

PENYELAM bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina.
PENYELAM bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina


JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya. Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air. 
 
Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan. Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.
“Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya. 
Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah. – Agensi


Lawak

Harijadi Ke Tujuh Belas


Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

Garam dan Amalan Sunnah



Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM


Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Hadis riwayat Ibnu Majah

” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam “

Antara kegunaan garam dalam perubatan Islam

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:


1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Diantara Petua dan kajian


Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.


Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
Wallahu Alam...

Penemuan israel yang disembunyikan

Serai penawar kanser..


Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.


Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”

Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit. Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).


“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).



Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.


Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.


Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.


Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.

“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.


Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.


Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.


Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.


“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”


Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.



“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.


Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.


Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.



Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.


Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”


Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.


Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)



AIR SERAI BERLIMAU

resipi : K.Nor@SecubitGaram
(http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/air-serai-berlimau.html)

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.

Selasa, 3 Julai 2012

Fakta Lawak

  1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
     
  2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 
  3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

    4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
    melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

    5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

    6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

    7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
    diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

    8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

    9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
    daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

    10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

    11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

    12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

    13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
    akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

    14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Lawak

1.Rumahmu Terbakar


Di sebuah kedai potong rambut, seorang pemuda sedang dicukur rambutnya. Tiba-tiba masuklah seorang pemuda lain yang kelihatan panik dan berteriak kebingungan, “Jabar, rumahmu terbakar. Ayuh cepat …!!” Spontan pemuda yang sedang dicukur rambutnya tersebut segera bangkit dari tempat duduknya tanpa mempedulikan rambutnya yang belum selesai dicukur. Dia berlari bagaikan orang gila kerana panik. Setelah berlari sepanjang kurang lebih 1 km, tiba-tiba dia berhenti. “Hey,” dia berkata pada dirinya sendiri, “Buat apa aku berlari? Namaku kan bukan Jabar”. Adui


2.Adik Beradik ke

Sepasang suami isteri sedang berada dalam kereta, menyusuri jalan dalam kota, dan saling mendiamkan karena beberapa menit lalu mereka baru saja bergaduh. Tak lama, mereka melewati sebuah kawasan persawahan di mana banyak terdapat kambing dan kerbau yang sedang merumput. Si Suami menunjuk ke kawanan kambing dan kerbau itu sambil berkata sinis kepada si Isteri, “Adik- beradik mu ya tuh?” “Iya,” jawab si Isteri, “adik- beradik ipar.”


3.Kecemasan  Isteri Nak Bersalin

Seorang lelaki kelihatan memandu laju dan berhenti di depan dewan bersalin. kemudia beliau turun dari kereta dan tergesa-gesa berlari ke dalam dewan bersalin. tidak lama kemudian, kelihatan seorang jururawat menolak lelaki tersebut yang sedang pengsan di atas kerusi roda. rupa-rupanya beliau tertinggal isterinya yang hendak bersalin di rumah!!


4. Pembedahan Jantung 

Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Jejaka : sy tahu, I love you .
Gadis : I love you too .

(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)


Gadis : mane suami sy ayah ?
Ayah : Siti tahu tak sape dermakan jantung untuk siti ? T_T
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis )
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas :P