Ahad, 20 Mei 2012

Buah Pengaruh Hidup..

 
 
 
Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Barnett, beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semula jadi. Menurutnya lagi, kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini dikenali sebagai ‘Science of Fructology’.

Menurut Dr. Barnett, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semula jadi khususnya tumbuh-tumbuhan seperti buah- buahan. Seperti manusia, buah-buahan juga mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna. Setelah hampir dua dekad mengkaji mengenai kaedah ini, akhirnya Dr. Barnett dan ahli kumpulan saintisnya yang lain berjaya menemui kaedah kajian personaliti manusia menerusi buah-buahan ini.


7 Kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia:-

Jenis limau: Contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau barli.

Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu.

Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.


Buah-buahan tropika: Contohnya seperti, pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas.

Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima diri kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok.

Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.


Jenis Buah Ladang: Contohnya seperti epal dan pear.

Kata kunci di sini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri mu.

Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri, kamu tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang kamu miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap perkara yang kamu lakukan.


Jenis tembikai: Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.

Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuhan-tumbuhan yang ingin ditanam di sekitar tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yang berhati-hati.


Buah-buahan jenis beri.: Contohnya seperti, blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi, anggur dan tomato.

Kamu gemarkan ‘party’ dan keseronokan. Kamu suka menggembirakan orang lain. Kamu juga mudah mendapat teman baru kerana kamu adalah seorang yang peramah. kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang agak pelik. Kamu bercita rasa unik. Hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain.

Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.


Jenis Kekacang :Contohnya seperti walnut, hazel, gajus dan lain-lain.

Kamu ni ‘moody’ lah! Kadangkala mood kamu berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu. Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia. Kamu sanggup mengenepikan teman-teman kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.

Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.


Buah-buahan jenis labu : Contohnya kundur.

Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segalagalanya melebihi dari apa yang mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yang sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling mu. Teman-teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-cabaran mendatang. Kamu cenderung pada warna-warna yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.


Sumber

Lelaki & Rokok...

Isteri : "Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah. "
Suami : "Iya abang tau sayang"

Isteri : "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan"

Suami : "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita"

Isteri : "Membantu? Dengan membeli rokok?"

Suami : "Betul sayang, abang Sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang rokok yang ada di Malaysia… tetapi apakan daya… itu melanggar undang-undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-satu!"

Isteri : "@#$%%^"

Sabtu, 19 Mei 2012

Bongkar Penipuan Dalam Internet



Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEih6TRjoLXP7Gj6XNUFki5ihqt_M6HVr_eGPFk3ZidHc3_rhxwbA236NEnVqsx8faRTgTy6pGNu_5XYK3ok9mIPhZPXIVb3G3RtD8_1sLoX_5PrPaX128TMTSLytMqQJy2X8r6F1Vdykr4/s400/07.png

DI MALAYSIA pengetahuan dunia internet masih baru dan kesedaran pengguna tentang risiko bidang alam ini amat sedikit. Ramai tergoda dengan janji manis dan harapan kaya cepat atau jutawan segera. Statistik dan perangkaan tentang jumlah sebenar kerugian rakyat Malaysia mungkin tiada, buat masa ini.

Anggaran kerugian pengguna internet United Kingdom dan juga Amerika Syarikat sudah cukup untuk kita jadikan sebagai iktibar. Ada cerita penipu membuat keuntungan USD $100 juta di dalam masa sebulan dan pelbagai lagi. Kenapa kita boleh di tipu begitu mudah?

Ramai juga yang mengandaikan, risiko setakat RM$100 atau RM$1000 tak seberapa berbanding untungnya yang besar, kalau dapat. Itulah, punca mereka ditipu!

Ya, marilah kita bongkar satu persatu.

PERTAMA: PENIPUAN MELALUI EMAIL DAN ONLINE CLASSIFIED (EMAIL AND ONLINE CLASSIFIED SCAMS)

Penipuan melalui Email biasa di klasifikasikan sebagai Spam Email, tetapi ianya tidak semestinya Spam kerana kenalan kita mahupun sahabat kita mungkin menghantar iklan kepada kita untuk menyertai program ini. Online Classified pula adalah iklan online.

Kamu akan bertemu dengan iklan online ini sebaik sahaja kamu melayari Internet. Search Engine seperti Yahoo, MSN, Google akan menpromosikan iklan mereka mengikut keadaan atau thema kamu. Sekiranya kamu melayari laman web atau blog rakan kamu, iklan tersebunyi mungkin ada di dalam betuk AdSense.

Antara penipuan yang lazimnya menggunakan email dan “Online Clasified” adalah seperti di bawah.. Kamu, biasanya menerima email dan membukanya lalu;

1. Duit Pendahuluan Nigerian (Nigerian Advance Fee Frauds)

Contohnya anda akan mendapat email yang bertulis seperti ini. Kandungan tulisan mungkin akan berubah-ubah tetapi tujuannya adalah sama:
Lagos,
Attention: The President/CEO
Dear Sir,
Confidential Business Proposal
Having consulted with my colleagues and based on the
information gathered from the Nigerian Chambers Of
Commerce And Industry, I have the privilege to request
your assistance to transfer the sum of $47,500,000.00
(forty seven million, five hundred thousand United States dollars) into your accounts.
The above sum resulted from an over-invoiced contract, executed, commissioned and
paid for about five years (5) ago by a foreign contractor. This action was however
intentional and since then the fund has been in a suspense account at The Central Bank
Of Nigeria Apex Bank.
We are now ready to transfer the fund overseas and that is where you come in. It is
important to inform you that as civil servants, we are forbidden to operate a foreign
account; that is why we require your assistance. The total sum will be shared as follows:
70% for us, 25% for you and 5% for local and international expenses incidental to the
transfer.
The transfer is risk free on both sides. I am an accountant with the Nigerian National
Petroleum Corporation (NNPC). If you find this proposal acceptable, we shall require the
following documents:
(a) your banker's name, telephone, account and fax numbers.
(b) your private telephone and fax numbers — for confidentiality and easy
communication.
(c) your letter-headed paper stamped and signed.
Alternatively we will furnish you with the text of what to type into your letter-headed
paper, along with a breakdown explaining, comprehensively what we require of you. The
business will take us thirty (30) working days to accomplish.
Please reply urgently.
Best regards
Howgul Abul Arhu


Penipuan ini lebih ditujukan kepada individu atau syarikat di dunia barat, kerana ianya melibat nilai kewangan yang agak tinggi. Penipuan ini juga disertai oleh kakitangan awam beberapa buah Negara Afrika yang korup untuk meyakinkan pelaburan individu atau syarikat barat. Ianya melibatkan beberapa orang berjawatan tinggi di dalam kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.

Penipuan ini juga melibatkan kehadiran mangsa ke negeri terbabit. Mangsa mendapat keyakinan dari skim ini setelah mendapat pengesahan daripada pegawai agensi kerajaan yang berkenaan bahawa perkara ini adalah benar. Setelah kembali ke negaranya, mangsa akan menyalurkan wang pendahuluan yang diperlukan yang pastinya lesap. Apabila berada di negara berkenaan, mangsa juga perlu mengeluarkan duit untuk rasuah dan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

Email yang diolah didalam pelbagai ragam dan gaya ini hanyalah untuk menyakinkan kamu bahawa ada wang tersimpan di 'Sesebuah Negara'. Kamu boleh membantu mengeluarnya dengan hanya memberikan no akaun kamu, letterhead syarikat kamu atau yang lainnya.

Hanya individu benar-benar mempunyai kewangan banyak yang disasarkan oleh kumpulan ini. Sebagai iktibar berikut adalah kenyataan mengenai skim ini.

a. Januari 5, 2001, Timbalan Gabenor Bank Pusat Nigeria (Central Bank of Nigeria), M.M.R Rasheed telah didakwa di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat atas dakwaan menipu dan memberikan kenyataan palsu berhubung penglibatan terus beliau dengan skim ini dan juga penglibatan beliau di dalam akaun bank luar pantai (Offshore Bank).

b. Anggaran kerugian melalui penipuan ini adalah USD satu million sehari di Amerika Syarikat sahaja.

Corak Nigerian Scam ini mungkin juga telah di adaptasi di dalam pelbagai bentuk. Mungkin individu di Nigeria ini adalah bijak seperti Sang Kancil yang pandai menipu Sang Gajah atau Harimau. Mereka telah berpindah ke variasi yang melibatkan pengguna Ebay, mencuri database peniaga dan menghantar check atau permohonan palsu. Berhati hatilah sekiranya kamu menerima email daripada mana- mana negara atau individu yang menpunyai nama berbau Afrika.

2. Peluang Kerja Di rumah (Work at Home Opportunities) MAKE EXTRA CASH AT HOME!

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOyCSi688hYuMJgc9ru-iBb5T1nA4dHNRFhmV_np_szcOrf4WeMLkKOgzDfbetrxiZo0kcABV7V-xXIMGrkwTOv2O-mg6J7EGTctOLfmhtYuB9BefrKj_B8p_kG7Ld1nrTqY5-B3DWoZo/s400/a18.jpg


 ***WIDE SELECTION OF JOBS . . . TOP PAY***
****WORK IN THE COMFORT OF YOUR OWN HOME****
**REAL JOBS WITH REAL COMPANIES**

PENDAPATAN TAMBAHAN DI RUMAH!
***BANYAK PILIHAN KERJA…PEMBAYARAN YANG TINGGI**
****KERJA DENGAN SELESA DARI RUMAH****
**KERJA SEBENAR DENGAN SYARIKAT BERPRESTIJ**


Di atas adalah sebahagian daripada kenyataan yang kamu akan diperkenalkan melalui program atau skim ini. Kenyataan ini disokong juga dengan pemukauan angka, yang menjanjikan pulangan tinggi setiap minggu.

Apa realitinya?

Keadaan sebenarnya mereka, hanyalah inginkan kamu membayar yuran keahlian melalui pembelian manual, kit atau cara untuk buat kerja ini. Biasanya selepas bayar, kamu akan dapat buku mengenai program ini, melalui muat-turun secara digital (online download) atau melalui pos.

Pada dasarnya program-program ini memerlukan kamu mempromosikan peluang perniagaan
ini kepada orang lain. Termasuk juga untuk mengajak kawan-kawan anda untuk membeli “Manual Peluang Perniagaan’” ini. Kamu akan dapat komisen melalui referral bagi setiap pembelian. Akan dapat senarai syarikat yang akan membayar untuk membuat 'kerja di rumah' itu.

Senarai Syarikat ini pula tidaklah banyak. Sedih lagi, kamu kena hubungi setiap syarikat itu sendiri, yang biasanya kena beli starter-kit dulu. Lagi kamu kena keluar duit. Lebih menyusahkan lagi, syarikat-syarikat ini selalunya mahu kamu menyertai sesi atau module latihan mereka sebelum boleh bekerja di rumah, dan bayar duit lagi. Akhirnya, kamu terpaksa “melabur” suatu jumlah yang besar.

Sebenarnya Ini..

Apa yang kamu dapat dari starter-kit atau module latihan syarikat ini? Kononnya kamu boleh pasang produk syarikat berkenaan secara sendiri dari rumah kamu.. Sekali lagi kamu dikehendaki membayar wang bagi penghantaran batch pertama produk separa-siap, bagi kamu siapkan (memasang sendiri dari rumah).

Kamu pun bertungkus-lumus menyiapkan produk-produk tersebut mengikut jumlah yang ditentukan syarikat berkenaan, contohnya 50 unit (minimum “submission” produk siap untuk
melayakkan kamu dibayar).. Kamu pun hantar (pada kos anda sendiri) hasil 'kerja' itu.

Akhirnya, beberapa minggu kemudian sampailah surat dari syarikat-syarikat ini memberitahu bahawa..

“Dukacita dimaklumkan setelah memeriksa hasil produk siap pemasangan anda, kami dapati semuanya adalah tidak menepati spesifikasi produk siap yang kami kehendaki. Ianya tidak lulus piawaian terakhir bahagian Quality Control syarikat sebelum siap untuk dibungkuskan. Oleh itu pihak syarikat tidak dapat membayar anda hasil dari kerja ini”.

Begitulah kesudahannya keadaan sebenar yang dialami oleh berjuta-juta orang yang telah mengikuti program-program sebegini dari seluruh dunia.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhC0pbwR2Ny9MuIx3AJWaiIKvVHY5kQYVVfTgU9usz2fchEhUyndRtzYp38RLhFdaZ1iXQ7fNw7nEcPOaZHb_nUtxx76nOQX_CWrAUZ2UDTqX4_ZG9Jc91_H6eSefk8gA7EmIrInRzQjb0/s400/00001.jpg

3. Mengisi Surat (Envelopes Stuffing Scam)

Iklannya berbunyi seperti berikut;

"Steady income for minimal labor - earn $2 each time you fold a brochure and seal it in an envelope! Send $20 for more details."

“Pendapatan Tetap Kerja Mudah – RM2.00 Setiap kali anda mengisi Surat atau menulis! Bayar $20.00 untuk maklumat lanjut.


Kamu mungkin membayangkan kamu tinggal di rumah, mengisi atau menulis surat, dan akan di bayar mengikut apa yang dijanjikan. Sebaliknya Skim ini biasanya perlu untuk diikanlan di surat khabar, message board dan sudah tentunya melalui teknologi terkini, media internet. Pengiklanan adalah dengan modal kamu sendiri.

Oleh kerana itu ramai yang mengambil peluang menggunakan media internet kerana kebanyakkan laman web menyediakan perkhidmatan Online Classified percuma. Namun untuk menampakkan legitimasi peluang perniagaan ini kamu digalakkan menggunakan iklan berbayar. Di Malaysia, program sebegini juga dijalankan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Melalui skim-skim ini pelanggan seterusnya yang berminat dengan peluang ini akan membayar kepada kamu untuk menyertainya. Pengasas skim ini biasanya akan mengambil keuntungan dari yuran keahlian kamu bernilai lebih kurang RM20.00 atau nilai penyertaan. Samada
secara sedar atau tidak apabila kamu mematuhi arahan di dalam sistem ini, bukan sahaja kamu rugi bahkan kamu sudah menipu orang lain melalui sistem ini.

Biasanya skim ini mensasarkan kumpulan suri rumah yang hanya mahukan pendapatan kecil dan mengambil duit daripada mangsa yang lain.

4. Memeriksa Produk (Product Testing)

Skim ini juga mengambil keuntungan daripada yuran penyertaan di samping tindakan susulan perlu kamu bayar kos penghantaran dan pengurusan (Shipping and Handling) yang tinggi dari nilai produk sebenar. Kamu tentu menbayangkan kamu akan mempunyai produk terbaru dan juga menjadi pengguna awal (Consumer Tester).

Individu atau syarikat yang terlibat di dalam skim ini mengaut keuntungan daripada yuran keahlian dan harga yang tinggi untuk barangan yang murah dan tidak berkualiti. Barangan-barangan ini juga kebanyakkannya adalah Rejected Lots atau barangan tidak menepati piawaian daripada syarikat-syarikat pengeluar dan pengilang yang mereka dapati secara murah secara “Black Market”.

5. Pendapatan Melalui Beri Pendapat Pada Buku Tertentu. (Books Reviewer Fraud)
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTvCcuq3LqIoXuk-zLbBKzzb-witYxCPAK9ycC-RYVmncecvCaZkWQf_ADZYj3H2j1E6TeKE9WCX3LjtB6XGsxfEI2aQv2qfaT4jeSEUs3aISjPc5FanfmLMoAvtbJq0BNAIkz5uXguDI/s400/a1.jpg


Lihat iklannya..

“Tinggal di rumah, hanya perlu berkebolehan untuk membaca dan mempunyai minat untuk memberi pendapat anda (books reviewer). Pendapatan hingga USD30,000.00 sebulan”.

Nampak hebat dan menarik bukan? Seperti biasa, kamu perlu membayar yuran seumur hidup (one-time payment) pada nilai di antara USD10.00 ke USD100.00. Sebagai balasan mereka akan menghantarkan kepada kamu atau melalui Digital Download senarai nama syarikat atau penerbit buku yang memerlukan pembaca untuk memberi pendapat tentang buku mereka.

Sekali lagi syarat yang biasanya syarikatsyarikat ini perlukan adalah pengalaman kamu di samping mempunyai kelulusan dalam bidang tertentu dan sebagainya. Sebenarnya memang ada syarikat-syarikat yang sememangnya memerlukan khidmat pembaca untuk memberi pendapat mereka tetapi melalui saluran yang betul. Kalau mahu, kamu boleh menghubungi mereka secara terus tanpa membayar skim seperti ini sesen pun.

Sekali lagi mereka mengaut keuntungan daripada yuran keahlian kamu. Kamu ditipulagi!

6. Gunakan PC Kamu Untuk Dapatkan Wang (Home Based Computer Work Fraud)

"PC Users - do overflow work and earn $14/hr with Data Entry and Word Processing from the comfort of your home, anywhere in the world!"

“Gunakan Komputer anda bagi menjana pendapatan $14 sejam melalui Kerja Menaip dan Kemasukkan Data hanya Dari Rumah Anda, di mana juga anda berada”


Di dalam program ini, kamu sekali lagi perlu menjadi ahli untuk mendapat akses ke database laman web mereka. Bayaran adalah kepada Pemilik Program ini samada secara yuran seumur hidup (one-time payment) atau secara setiap bulan (monthly fee) selagi kamu ingin mengakses peluang pekerjaan melalui database mereka.

Database program sebegini mempunyai senarai nama syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat jurutaip luar (outsourcing typist). Kamu perlu menghubungi syarikat-syarikat berkenaan melalui email dan bendaftar dengan mereka. Kamu juga mesti mempunyai kelayakan tertentu di samping menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Melalui program begini kamu berkemungkinan dapat kerja secara freelance daripada syarikat-syarikat tertentu. Tetapi realitinya peluang kamu amatlah tipis. Sebenarnya syarikat-syarikat yang benar-benar menghendaki pekerja sambilan secara global adalah amat terhad. Kebanyakan kerja-kerja freelance ini hanya tertumpu kepada mereka dari negara syarikat-syarikat terbabit iaitu Amerika Syarikat, Canada dan United Kingdom.

Database yang diberikan kepada kamu itu sebenarnya adalah “Outdated”. Apabila kamu menghubungi syarikat berkenaan, mereka akan memberitahu bahawa kekosongan terbabit telah dipenuhi. Memang benar mereka memerlukan kekosongan beberapa bulan atau minggu lalu tetapi kerana kamu hanya mendapat senarai data syarikat yang “Outdated” dari program sebegini, peluang pekerjaan freelance yang legitimate amatlah tipis.

Jikapun kamu bernasib baik mendapat pekerjaan freelance ini pula, bayarannya pula bukanlah USD14.00 sejam seperti yang dilaungkan diiklan pemilik program begini. Kadar bayaran sebenar biasanya adalah di antara USD1.00 ke USD2.00 sejam. Itupun kerjanya tidaklah tetap, bergantung kepada adanya kerja.

Kalau kamu kira-kira balik bayaran yang dikeluarkan sebanyak USD19.99 atau lebih untuk mengakses peluang pekerjaan melalui database mereka, ditambah dengan bayaran bulanan yang perlu dibayar, ianya tentulah tidak berbaloi. Biasanya lepas beberapa bulan, kamu masih lagi belum terima apa-apa tawaran pekerjaan secara freelance ini.

Apa Senario Sebenarnya?
Peserta PTRE biasanya tidaklah berminat terhadap iklan yang dihantar, tetapi mengklik pada iklan terbabit juga disebabkan akan menerima bayaran pada kadar tertentu daripada "Syarikat Pengiklanan Melalui Email".

Peniaga-peniaga biasanya tidak akan mendapat keuntungan dari pelaburan yang dikeluarkan untuk promosi pengiklanan cara ini kerana yang melihat iklan-iklan mereka ini bukanlah target market mereka sebenar. Iklan melalui email kaedah ini juga terhad sebenarnya, kerana tidak ramai peniaga-peniaga yang akan berterusan menggunakan khidmat sebegini.

Hal ini kerana memandangkan pulangan pelaburan (ROI) menerusi kaedah pengiklanan ini, jika adapun adalah terlalu kecil. Peluang pendapatan sebenar bagi mereka yang menjadikan program "Paid to Read Email" ini, sebagai sumber pendapatan biasanya adalah di antara USD 0 USD5.00
sebulan.

7. Pendapatan melalui survey online berbayar (Paid Survey Online)

Would You Like To Earn Up To USD250.00 An Hour Taking
Surveys Online?
Adakah Anda Inginkan Memperolehi Sehingga USD250.00 Sejam
Melakukan Survey Online?


Sekali lagi, salah satu contoh iklan yang memaparkan peluang memperolehi pendapatan yang agak lumayan dengan hanya memberi pendapat kamu. Benar ke? Mari kita tinjau bersama di bawah ini.

Melalui program ini, syarikat pembuatan dan pengilang mendapatkan khidmat syarikat pengkaji pasaran untuk mendapatkan maklumat spesifik berkenaan dengan pelanggan yang menggunakan produk mereka atau produk saingan mereka bagi memperbaiki mutu produk-produk mereka yang akan dipasarkan.

Syarikat pengkaji pasaran mengupah syarikat survey online untuk melaksanakan online survey. Peserta survey akan mengisi survey dan memberi pendapat mereka untuk dikumpulkan oleh syarikat survey online. Selepas tiap survey, syarikat survey online membekalkan "raw data survey" ini kembali kepada syarikat pengkaji pasaran. Mereka akan menganalisis data, membuat rumusan dan laporan terpeinci sebelum diserahkan hasil kajian kepada pengilang. Punca kewangan adalah daripada syarikat pembuatan.

Senariao Sebenar

Pelayar yang mencari sumber pendapatan melalui survey online biasanya akan mendapatkan maklumat atau peluang pendapatan malalui survey ini daripada syarikat atau agen yang menjual maklumat “Bagaimana menjawab survey online dan menjana pendapatan anda”. Biasanya maklumat ini dijual di dalam bentuk keahlian atau "report" pada harga USD24.95-USD34.95 .

Selepas menjadi ahli dan mengakses senarai data syarikat survey online, bakal peserta survey boleh memulakan "kerjayanya" ini dengan mendaftar dengan setiap syarikat survey online yang dipilihnya. Walaubagaimanapun pelayar hanyalah akan diberi peluang menjawab dan mendapatkan bayaran mengikut profil peribadi peserta.

Syarikat survey online yang membayar peserta survey online adalah terhad. Ketika pendaftaran, kamu perlu menyatakan profil kamu. Contohnya , “single white male, tinggal di Oklahama, USA atau “married Asian female, dari Petaling Jaya, Malaysia. Kamu hanya boleh menyertai survey berdasarkan profil peribadi kamu, dan di mana kamu tinggal. Bilamana limit peserta yang diperlukan telah tercapai, survey akan ditutup.

Sebenarnya peserta yang melayari internet untuk menjana pendapatan melalui survey online perlu berdaftar sebagai peserta survey bagi sebanyak mungkin Syarikat survey online dan perlu menjalankan secara aktif semua survey yang ditawarkan hampir 6 bulan ke atas sebelum mendapat apa-apa bayaran.

Bayaran pula adalah kurang daripada pendapatan minuman purata pekerja di Amerika Syarikat. Itupun sekiranya mereka benar-benar mendapat bayaran daripada pihak Syarikat survey online. Anggaran purata pendapatan bagi mereka yang melakukan survey online secara
tekun adalah di antara USD 0 hingga USD$15.00 Sebulan.

8. Jurutaip Bekerja Dari rumah. (Work At Home Typist)

“If you are looking for a Work At Home Career with a Company that provides Unlimited Income Paid Monthly without any selling. Earn $.25 per adplacing PLUS Recruitment Commission. Flexible Working Hours. Worldwide Position Open. Full Support and Training. Freelance Home Typist”.

Ini adalah satu lagi program yang menjanjikan kebebasan kerjaya kamu dari rumah dengan bantuan penuh dari pihak syarikat. Syarikat-syarikat program “Work At Home Typist” ini biasanya mendakwa menpunyai kerja menaip untuk mereka yang boleh menaip dari rumah.

Untuk melakukan kerjaya ini Jurutaip perlu membayar yuran keahlian diantara USD$10.00 ke USD80.00 atau lebih untuk mendapatkan manual lengkap dalam menceburi kerjaya sebagai seorang "Home Typist" yang berjaya. Selepas pembayaran menjadi ahli, penaip akan diberikan Kit atau Manual Lengkap berkenaan secara "Digital Download" bagi memulakan kerjaya baru ini dan menjana pendapatan.

Kit ini sebenarnya hanyalah mengandungi cara-cara untuk mempromosikan program ini di seluruh dunia terutamanya menggunakan teknologi internet. Ianya termasuklah cara bagaimana untuk meletakkan iklan-iklan di pelbagai tempat termasuk secara "Online" dan "Offline". Ia juga disertakan perkataan-perkataan "pemukau" atau Hypnotic Words dalam bahasa Inggeris yang boleh mempengaruhi prospek. Mempengaruhinya di samping beberapa teknik-teknik promosi dan pemasaran lain, yang mana kebanyakkannya boleh diperolehi secara percuma di internet.

Secara dasarnya kerja kamu sebagai penaip adalah untuk menaip iklan mempromosikan syarikat yang menjual program “Work At Home Typist” ini secara "online" atau "offline". Untuk setiap penaip baru yang direkrut kamu akan mendapat komisen di antara USD5.00 hingga USD15.00.

Melalui pekerjaan ini peserta sebenarnya tidaklah akan menjadi seorang "Freelancer" yang berjaya, tetapi hanyalah akan tolong mempromosikan syarikat-syarikat sebegini menipu lebih ramai orang.

Analisis Penipuan.
(Mengenai perkara PERTAMA: PENIPUAN MELALUI EMAIL DAN ONLINE CLASSIFIED (EMAIL AND ONLINE CLASSIFIED -8 jenis Penipuan seperti disebutkan di atas.)

Bagaimanakah membezakan program atau skim yang benar dengan skim yang ingin menipu duit kamu? Sebenarnya sekiranya ada syarikat yang memerlukan pekerja melalui Internet, kamu boleh menghubungi mereka terus dan memohon pekerjaan dari rumah secara percuma (Pekerjaan sebegini dipanggil Freelancer atau Telecommuter).

Walau bagaimanapun, jika kamu masih mahu mencuba menyertai keahlian program mencari pekerjaan melalui Database mereka seperti di atas, kamu perlu mengambil langkah di bawah ini untuk kamu membuat keputusan sama ada program tersebut adalah betul dan sah.. atau hanya akan membazirkan masa dan kewangan kamu.

Analisa yang perlu kamu buat atau soalkan.
  • Apakah skop kerja atau tugasan kamu?
  • Bagaimanakah kamu akan menjalankan kerja ini? Minta mereka senaraikan semua langkah yang perlu kamu lakukan untuk menjalankan kerja ini.
  • Adakah kamu akan di bayar gaji atau komisen?
  • Siapakah majikan kamu atau siapakah akan membayar kamu?
  • Bilakah kamu akan mendapat gaji pertama atau bayaran pertama kamu?
  • Apakah jumlah keseluruhan yang akan kamu laburkan atau kewangan yang terlibat untuk kamu lakuan kerja ini? Ini termasuk dengan nilai yuran keahlian.
  • Apa kamu akan dapat dengan nilai yang telah kamu laburkan ini?
Realitinya, syarikat atau individu yang mempromosikan program sebegini hanyalah menjalankan promosi untuk mendapatkan yuran keahlian kamu sahaja. Jelas kamu yang rugi.
Program skim-skim ini secara amnya telah disiasat of Agensi Pos Kebangsaan Amerika Syarikat di samping beberapa Agensi dan Pihak Berkuasa Amerika Syarikat lain. Hasil yang didapati, kebanyakkannya adalah palsu atau hanya menguntungkan pihak yang menerima yuran keahlian.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj6n_fa5A3x6c-AqIi-g0lBCqAlFlE-0YMbLSmhBvN-yonpik9UhnhblyD22nMYVECJ7z1lNI4QbeGakVWGsb3xsPMkM3ZDTYZFdqEtLyCZ8SU5xz7KiJVi7kwM5gthkFD-r5SdRpa_DY/s400/08.jpg
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkG0soVg_PAcOU32l0syZ02WQuBBcxOdi5cqCvHibnPFYOQEJ7rK7KEvs8ibaxmWhX6kgX-3f2zM8YtXqrqr-XjpOx4nzvmchVWhuvH5UqfuVc_ZW0Dzb1Oo5zv9YhyphenhyphenEd7SKqPvIyoXGgu/s320/a11.jpg



KEDUA: SISTEM PIRAMID.

Sistem Pyramid dahulunya di Malaysia lebih dikenali sebagai skim Pak Man Telo. Sistem ini secara dasarnya adalah mengambil pelaburan daripada individu atau kumpulan dan seterusnya membayar pendapatan daripada pelaburan ahli di bawah.

Sistem ini juga dikenali sebagai “Chain Letters, Chain Referral, Binary Compensation Plan, Matrix Marketing atau Forced Matrix”. Pada asasnya ianya adalah sistem yang membayar imbuhan berdasarkan pelaburan orang yang terkemudian atau downline.

Di negara barat Sistem Pyramid telah wujud sejak tahun 1920an lagi di Amerika Syarikat dan juga Sepanyol. Ianya adalah variasi dari Skim Ponzi yang diasaskan pada 1919. Sekali lagi, kehebatan dan kekreatifan pakar-pakar penipuan semasa telah mengubahsuaikan sistem ini mengikut peredaran zaman yang berkaitrapat dengan perubahan prasarana dan teknologi.

Contohnya, sebelum era internet, sistem pembayaran skim pyramid dan lain-lain skim penipuan terkemuka agak melecehkan iaitu secara tunai, pengiriman wang pos, cek dan sebagainya. Tetapi dengan wujudnya system pembayaran melalui media internet, semuanya automasi. Kaedah-kaedah pembayaran adalah menerusi system transaksi yang canggih seperti system Paypal, StormPay dan Egold.

Fokus utama sistem ini adalah pelaburan dan penarikan pelaburan ahli baru. Kamu dijanjikan keuntungan besar dan kedudukan yang lebih apabila lebih ramai orang menyertai program ini. Selepas beberapa ketika sistem ini menjadi bentuk piramid kerana bilangan diatas adalah sedikit dan bilangan di bawah adalah ramai.

Motto mereka antara lainnya adalah Bekerja Secara Bijak, Bukan Bekerja Keras (Work Smart, Not Work Hard). Tetapi “Motto Tersembunyi” yang sebenarnya adalah “Bekerja Secara Bijak Sekarang, Kerana Ramai Yang Di Bawah Akan Bekerja Untuk Anda Kemudiannya”.

Pengiklanan skim ini juga hampir menyerupai sebahagian besar sistem yang di gambarkan diatas. Di dunia internet ianya lebih mirip kepada pemukauan dengan pembelian syer, distributorship atau pencarian “Downline atau orang baru di bawah anda”. Sistem ini sudah pasti akan menemui kegagalan.

Hal ini kerana selepas beberapa waktu beroperasi, kadar pertambahan ahli baru akan susut dan pelaburan baru tidak dapat menampung pembayaran ahli lama apabila sampai waktu pusingan pembayaran berikutnya. Jumlah pelabur yang ramai di bawah (pelabur terkemudian) pasti akan mengalami kerugian dan tidak akan mendapat pulangan walau sesenpun.

Rasional sebahagian besar yang memasuki skim ini adalah masih ada ramai lagi yang akan menyertainya. Dia yakin, dia akan mendapat pulangan sebelum sistem ini jatuh. Samada kita sedar atau tidak apabila kita menyertai program sebegini, kita sebenarnya mengambil hak orang lain. Tetapi realitinya, sebahagian besar manusia tetap menyertainya kerana inginkan kekayaan dengan jalan mudah.

Sebagai contoh; suatu skim yang memerlukan kamu mencari hanya 6 orang downline dibawah kamu dan akan menghasilkan penyertaan hampir sepuluh juta peserta (10 million). Walaupun secara matematiknya di atas kertas ianya boleh digambarkan, namun secara realitinya ianya sesuatu yang mustahil di Malaysia kini.

 
Contoh-contoh Skim Piramid Online

1. Hanya Sedikit Untuk Banyak.
(Just A Little For A Lot)

Syarikat Webco menawarkan pelaburan USD10.00 dan Sistem Downline Sepuluh, dengan tujuan kamu dapatkan USD10,000.00 selepas downline kamu cukup seribu orang (1,000 orang). Pemukauan adalah berdasarkan pelaburan yang kecil USD 10.00. Kamu di pukau dengan adanya Jutaan Pelayar Internet yang mana untuk kamu mendapatkan 1,000 ahli di bawah kamu tidaklah susah.

Kamu di umpan dengan harapan dalam sedikit masa lagi kamu akan mendapat USD1,000.00. Jumlah pelaburan yang kecil ini membuatkan ramai Pelayar Internet tidak akan menyaman sekiranya skim ini gagal. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tetapi yang kaya sebenarnya operator skim ini. Bayangkan, sekiranya beliau menipu 100,000 orang, beliau telah pun mendapat USD1Juta. Kamu pelabur hanya berharap kepada USD1,000.00 sahaja.

2. Sekaki Atas Yang Lain (A Leg Up On The Others)

Syarikat Metal Trade menawarkan system binary yang mana kamu hanya perlu membayar USD$288.00 yang mana USD$200.00 adalah untuk catalog masa hadapan syarikat tersebut. Selepas itu kau hanya perlu mencari dua orang downline sahaja. Dua orang di bawah kamu akan mecari dua orang lagi dan begitulah seterusnya. Lebih besar kumpulan bawahan kamu, lebih besar peluang pendapatan tunai bulanan yang kamu dapat.

Jika 12 orang menjadi ahli di bawah kamu, kamu berpeluang mendapat USD400.00, seterusnya 36 orang, 50 orang dan berikutnya. Kamu di pukau dengan pulangan sehingga USD$18,528.00 sebulan. Mengejutkan lagi mereka mendakwa telah menerima sokongan Badan Perniagaan Amerika Syarikat dan juga telah dianalisa oleh University of Harvard. Penipuan identiti ini sebenarnyalah yang memukau ramai pelabur untuk mempercayai skim ini.

3. Azimat Sekolah Atasan
(Upper School Charm)

Persatuan Penyimpan Oxford menawarkan kamu menyimpan duit dalam bentuk pinjaman kepada bank. Dalam ertikata lain Persatuan ini berhutang dengan kamu. Kamu akan dibayar balik sebanyak 10% sebulan compounding sehingga sepuluh tahun. Kamu juga digalakkan menjemput rakan lain untuk memberi hutang kepada persatuan ini.

Sekiranya rakan kamu melabur, dengan setiap pelaburan mereka, kamu akan diberikan 1% dari nilai pelaburan mereka sebulan. Perjanjian atau akad yang kamu setujui ketika kamu memberikan pinjaman kepada Syarikat ini, membolehkan mereka melepaskan diri daripada
tindakan undang-undang.

Kamu bersetuju dengan risiko pinjaman yang kamu berikan. Umpan mereka adalah mereka akan mula membayar dengan pelaburan kamu atau pun pelaburan baru. Akaun kamu memperlihatkan pinjaman pokok kamu kepada mereka tidak berubah, tetapi mereka telah
mula membayar dividen kepada kamu.

Trend ini akan mereka teruskan, biasanya selama setahun atau bilamana pelaburan baru boleh menampung pembayaran mereka. Kepada yang menambahkan pelaburan, mereka akan
membayar pada masa, tetapi mereka juga mengamalkan profiling untuk megoptimasikan umpan mereka.

Ringkasan
Hampir kesemua sistem yang dijalankan dan dipromosikan di atasnmenyatakan kesahihan dan juga testimony yang akan meyakinkan kamu untuk melabur. Tetapi kamu perlulah sedar bahawa hampir kesemua program ini akan hancur di kemudian hari.

Perhatian!

Trend di akhir 2005 – lebih banyak penipuan secara skim pyramid ini melibatkan penawaran sistem pembayaran dan penerimaan imbuhan melalui sistem kad ATM. Dalam kes terbaru, Bank Of Lousiana telah tertipu melalui pemberian card Maestro Cirrus oleh beberapa sindiket berasaskan skim pyramid.


KEEMPAT: SISTEM KEAHLIAN KELAB ATAU PERSATUAN (CLUB MEMBERSHIP PROGRAM)

Sejauh ini kamu mungkin telah dapat menangkap cara atau teknik pengaruh atau pemukauan yang individu atau syarikat tertantu gunakan untuk mengambil duit kamu. Model mereka yang mengambil duit dan mungkin memulangkan sedikit kembali sebagai imbuhan atau keuntungan kepada kamu, sebenarnya adalah duit ahli yang mendaftar kemudian.

Kaedah ini meliputi Sistem Piramid, Penipuan Terus dan juga Penipuan Rakan-Niaga. Mereka menggunakan fakta semasa, potensi pulangan yang tinggi dan juga “janji manis” untuk meyakin dan seterusnya engambil duit kamu.Sistem keahlian yang mereka manipulasikan ini pada dasarnya diambil daripada sistem yang agak berjaya dahulu iaitu “Tupperware Parties”.

Kamu mungkin pernah melihat ibu kamu menjemput jiran kamu ketika kecil untuk menghadiri majlis ini yang mana agen atau ibu kamu akan memperkenalkan Tupperware dan menjual kepada jiran tetangga. Sistem keahlian ini juga “memukau” masyarakat ramai dengan meyakinan kamu melalui ahli mereka yang ramai serta syarikat atau program ini adalah milik kamu sendiri.

Di antara “terma-terma yang memukau” digunakan adalah  "The Friendship Investment Club", "Freedom Club", "A Gift Network", "Season of Sharing", "The Spirit of Giving", "Northwest Family Reunion" dan "Creating a New Paradigm".

“Sekali lagi media internet digunakan sebaik mungkin untuk memudahkan lagi penyebaran maklumat, merekrut ahli baru, menyimpan dan mengurus data mengenai ahli dan menerima pembayaran berulang contohnya pembayaran bulanan secara automasi”.

Mari kita dalami sebahagian daripada kumpulan sasaran mereka dan cara penipuan mereka.

1. Persatuan atau Kelab Untuk Lelaki.

Antara yang masyhur "Pit Stop", "NASCAR", "Men's Club" dan "Money Exchange". Sebagaimana nama yang digunakan, mereka mensasarkan individu lelaki yang meminati sesuatu aktiviti atau kegemaran mereka. Seterusnya mereka menawarkan keahlian dengan pulangan kekayaan dan juga peluang menambahkan pendapatan dan membeli produk pada nilai yang murah.

2. Kelab Untuk Wanita. 

Sasaran mereka adalah wanita, yang mana "Circle of Friends", "Women Helping Women", "the Gifting Club", "Heart to Heart", "Gifts for Charity", "Renewal Celebration", "Women Empowering Women," "Women's Empowerment Network", "Women for Women," dan "Dinner Party”. Perkataan-perkataan ini “memukau” wanita dengan isu semasa, keperluan atau kegemaran mereka. Sasaran mereka adalah yuran keahlian dan juga pembelian lot keahlian.

3. Persatuan Amal.


Model ini pula menggunakan model “menderma dan kekayaan akan kembali kepada anda”. Mereka mengambil kesempatan dan juga ehsan kamu supaya berderma dan menjemput rakan lain untuk menderma dan berpeluang untuk melakukan kebaikan dan akhirnya mengecapi kebebasan kewangan.

(Financial Freedom)


Derma yang dipungut adalah seminima USD10.00 untuk bidang yang kamu gemari samada penjagaan alam sekitar, binatang peliharaan, menaja “anak angkat” kamu sendiri di dunia ketiga, seperti di negara-negara Afrika, Vietnam, Kampuchea dan sebagainya.

Tetapi agak menyedihkan kerana banyak dari organisasi-organisasi yang bergerak di atas tiket persatuan amal ini hanya memberikan sebahagian kecil sahaja dari pendapatan yang diperolehi hasil pemberian orang awam kepada golongan atau perkara yang ditaja. Ada yang hanya memperuntukkan serendah 0.5% sahaja kepada tujuan asas program kutipan amal ini. Sebahagian besar dari jumlah pendapatan yang terkumpul sebaliknya digunakan sebagai “belanja pengurusan”.





Bye² Gout...

Papaya for Uric Acid Problem
Say bye-bye to uric acid problem!

Description: cid:1.3618120493@web161401.mail.bf1.yahoo.com    Description: cid:image001.jpg@01CD32BC.FEF67EA0Description: cid:3.3618120493@web161401.mail.bf1.yahoo.com    Description: cid:4.3618120493@web161401.mail.bf1.yahoo.com

Just try it if you've got uric acid after all no harm done.

This is a really effective, just mix green papaya cubes to the ordinary green tea, my cousin-brother tried and found it very effective.
I have also shared with a friend with gout to try this (his "toe joints" started to deform), after a week of drinking this formula there is significant improvement, and after two weeks the toe joints heal and revert to normal state.

It is almost three years now, the
joint pain is gone, but he maintains the intake between 1-3 times monthly to avoid relapse.
Other friends suffering from years of gout problem have also recovered.
It is good for all, even those without gout.
Good formula! Do share with the people in need!

An improved sequence by Professor Lai from the China School of Pharmacy :
Cut green papaya into small cubes, place into the water, bring to boil, then add tea leaves, similar to the tea-making process.
Clinical tests show that this brings better effects
for treatment of gout, subject to frequent drinking of this formula.

Mr. Liu Qing, Chief of the Rende Town in Tainan, was suffering for years from severe stomach pain around the posterior wall of stomach.
He used green papaya as a tea pot to prepare the family tea daily, after a month, his chronic disease condition was much improved.
His family members with high uric acid were also healed by the same papaya tea.
For this Mr. Liu planted a lot of papaya to share with relatives and friends with similar sickness.

According to Mr. Liu, in selecting the green papaya as tea pot, pick those the shape of which is fat and short, with larger capacity.
Cut off the top part of the papaya, clear away the seeds, open a small hole at the upper side wall to facilitate pouring of tea.
Create a small ventilation hole at top cover, put in the tea leaves, pour in boiling water, place the top cover back onto the papaya, you may also use the toothpicks to secure the top cover.
Similar to normal process of preparing tea.

Liu like to use Oolong tea as the taste is good.
He was pleasantly surprised that the stomach pains he suffered for many years was healed after a month of drinking tea from the green papaya pot, without taking any other medication.
He passed some green papaya leaves to a friend who worked at a Medical Center to test and analyse the content.
The tests confirmed that the healthy enzyme present in papaya is beneficial to human health.

Now as papaya in Mr. Liu's orchard is yielding suitable size fruits, he would share the fruits with family and friends.
Xu Fuchang, an experienced papaya farmer, said green papaya means to unripe papaya, where the skin is still green in colour.
Generally, the papaya takes about four months to fully mature and ripen, but the healing effect would be lost after it is fully ripe.
Green papaya should be harvested when the papaya is approximately three months old, when the fruit is still firm, and the "papaya milk" contains high papaya enzyme and other healthy ingredients.
Not only the green papaya can be used in tea drinking, you may also cut them into cubes, and boil with the ribs, or even slicing the green papaya into fine long pieces and fried with garlic, very tasty, and no adverse effects on the human body.

Rabu, 9 Mei 2012

Orang Melayu Berjalan Kaki Ke Mekah



 
 
Orang melayu zaman dulu memang hebat. Bukan setakat hebat bersilat, dan ilmu batin aje, pergi Mekah pun boleh berjalan kaki. Sayangnya, disebabkan kita adalah orang melayu maka sejarah begini tidak pernah dicatatkan oleh bangsa kita sendiri. Apatah lagi penjajah British yang tak guna tu. Ini satu kisah orang melayu yang ke Mekah dengan berjalan kaki.

Namanya ialah Haji Said Bin Patun. Berasal dari Negeri Sembilan, tetapi dilahirkan di Kampung Padang Baru, Sumatera. Beliau dilahirkan dua hari sebelum hari raya haji sekitar tahun 1880an.


Arwah ayah Haji Said ini merupakan seorang ulama yang disegani pada zamannya. Beliau berjalan kaki ke Mekah adalah kerana mahu melihat keindahan alam dan menuntut ilmu agama sepanjang perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa beberapa tahun itu bermula dari Selatan Thailand, sebelum melalui Burma, India, Pakistan, Iran dan Iraq. Akhirnya beliau sampai ke Kota Mekah di semenanjung Tanah Arab.

Masjid Mendum. Dibina oleh Hj Said atas restu Datuk Kelana Sg Ujong..

Selepas beberapa tahun, barulah beliau pulang semula ke Tanah Melayu dengan menaiki kapal wap. Pada tahun 1940 Haji Said pulan ke Sumatera, di sana beliau dikatakan telah membina sebuah masjid yang diberi nama Istiqamah. Akhirnya pada tahun 1978 beliau telah meninggal dunia ini untuk selama-lamanya - Al-Fatihah



Sumber...MalaysiaSensasi

15 Pintu Syurga Dari 8 Pintu Syurga


 Lapan pintu syurga yang diketahui ialah:
1. Jannatul Firdaus iaitu syurga yang terbuat dari emas merah.
2. Jannatul 'Adn iaitu syurga yang terbuat dari intan putih.
3. Jannatun Na'im iaitu syurga yang terbuat dari perak putih.
4. Jannatul Khuldi iaitu syurga yang terbuat dari permata mutiara yang berwarna merah dan kuning.
5. Jannatul Ma'wa iaitu syurga yang terbuat dari zabarjad hijau.
6. Darus Salaam iaitu syurga yang terbuat dari permata yakut merah.
7. Darul Jalal iaitu syurga yang terbuat dari mutiara putih.
8. Darul Qarar iaitu syurga yang terbuat dari emas merah.
Masuklah mana-mana pintu syurga di atas sekehendak kita tidak kira lelaki mahu pun wanita dengan syarat tidak pernah mensyirikkan Allah dengan sesuatu, beriman dengan rukun Iman, menjaga rukun Islam iaitu tidak meninggalkan solat (dan menambahkan solat sunat), tidak meninggalkan puasa (dan menambahkan lagi puasa sunat), berzakat, mengerjakan haji (jika mampu), tidak membunuh jiwa yang diharamkan,tidak derhaka kepada ibu bapa, tidak memfitnah perempuan suci, tidak memakan riba sepanjang hidup, tidak memakan harta anak yatim, tidak lari dari medan perang jihad fisabilillah, memelihara kemaluannya dan tidak berhutang sebelum sempat membayarnya. Insya Allah.
Penambahan juga berlaku atas dasar ibu bapa yang kematian tiga orang anaknya dan mereka reda ke atasnya.
Dalam hadis yang sanadnya sangat lemah menyebut, dengan membaca surah Al-Ikhlas 10 kali selepas solat fardu dan mengucap dua kalimah syahadah dengan lisan, hati dan amalan.
Kesemua penjelasan memasuki mana-mana pintu adalah melalui hadis-hadis yang sahih, yang hasan, dan yang daif (lemah).
Diceritakan bahawa jarak antara pintu-pintu itu sangatlah luas. Kelajuan kuda terbaik jenis Gallop di dalam sejam ialah lebih kurang 48 kilometer.
وَإِنَّ لِلْجَنَّةِ لَثَمَانِيَةَ أَبْوَابٍ مَا مِنْهُمَا بَابَانِ إِلَّا يَسِيرُ الرَّاكِبُ بَيْنَهُمَا سَبْعِينَ عَامًا
Sebaliknya syurga memiliki lapan pintu, tidaklah ada dua pintu di sana, jika ada seorang pengendara (berkuda) yang berjalan di antaranya, kecuali harus memerlukan waktu selama tujuh puluh tahun. (Hadis Riwayat Ahmad No 15617 dan Thabarani)
Bagaimanakah luasnya pula ‘daun pintu’ syurga? Secara kiraan sifir matematik, jarak dua kota itu lebih kurang 1200 kilometer. Dalilnya:
فَيُقَالُ يَا مُحَمَّدُ أَدْخِلْ مِنْ أُمَّتِكَ مَنْ لَا حِسَابَ عَلَيْهِمْ مِنْ الْبَابِ الْأَيْمَنِ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ وَهُمْ شُرَكَاءُ النَّاسِ فِيمَا سِوَى ذَلِكَ مِنْ الْأَبْوَابِ ثُمَّ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَحِمْيَرَ أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى
Ia berkata: Hai Muhammad, masukkan orang yang tidak dihisab dari umatmu melalui pintu-pintu syurga sebelah kanan dan mereka adalah sekutu semua manusia selain pintu-pintu itu." Setelah itu beliau bersabda: "Demi zat yang jiwaku berada di tanganNya, jarak antara dua daun pintu-pintu syurga seperti jarak antara Mekah dan Himyar atau seperti jarak antara Mekah dan Bashrah." (Hadis Sahih Bukhari No 4343 dan Muslim No 287)
Namun begitu di pintu-pintu ini terdapat pula pintu yang perantaraan baginya iaitu:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ 
مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barang siapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai 'Abdullah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barang siapa dari kalangan ahlu solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barang siapa dari kalangan ahlu jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barang siapa dari kalangan ahlu shiyam (puasa) dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barang siapa dari kalangan ahlu sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radiallahu 'anhu: "Demi bapa dan ibuku (sebagai tebusan) untukmu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku, jika seseorang dipanggil di antara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk di antara mereka". (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i dan Malik)
Empat Pintu Yang Sahih
Maka di sini terdapat empat pintu yang telah terang disebutkan  Ada empat pintu yang disebutkan iaitu:
1. Pintu solat
Mereka yang tidak meninggalkan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat seperti sunat dhuha, solat al- Lail (malam), solat tahajjud, dan lain-lain lagi.
2. Pintu jihad
Mereka yang berjihad di jalan Allah dalam peperangan dan mereka akan masuk melalui pintu ini.
3. Pintu puasa (rayyan)
Mereka yang tidak meninggalkan puasa dan memperbanyakkan amalan puasa sunat sama ada seminggu sekali atau pun puasa nabi Daud (sehari buka, sehari puasa)
4. Pintu sedekah
Mereka yang ringan tangan dalam bersedekah, berzakat dan berinfak. Mereka ini akan memasuki syurga melalui pintu ini.
Empat pintu ini di dalam hadis yang sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar sebagaimana di dalam Kitabnya Fathul Bari dan al-‘Allamah al-‘Ayni sebagaimana di dalam Kitabnya Umdah al-Qari berpendapat harus dikatakan bahawa kesemua pintu-pintu yang dinyatakan tersebut adalah terletak selepas dari pintu-pintu syurga yang lapan, atau berada di dalam pintu-pintu syurga yang lapan.
Tiga Pintu Syurga
Manakala di dalam hadis yang daif pula, sebagaimana Syarah Shahih al-Bukhari oleh Ibnu Bathal Al-Maliki menambahkan lagi, terdapat empat lagi pintu iaitu:
1. Pintu orang-orang yang mampu menahan kemarahan dan memaafkan manusia. Dalilnya hadis mursal
عن الناس رواه أحمد بن حنبل عن روح بن عبادة عن أشعث عن الحسن مرسلا إن لله بابا في الجنة لا يدخله إلا من عفا عن مظلمة ومنها الباب الأيمن وهو باب المتوكلين الذي يدخل منه من لا 
حساب عليه ولا عذاب
Dari Anas, riwayat Ahmad bin Hanbal, dari Ruh bin Ibadah, dari Al Asy'ats, dari Hasan Mursala, “pada pintu Allah di Syurga tidak dimasuki olehnya melainkan kepada orang yang memaafkan kepada orang yang berbuat zalim kepadanya, dan di antara pintu Iman, dan pintu bagi orang yang bertawakal yang dimasuki olehnya tidak akan dihisab dan diazab.”
2. Pintu orang-orang yang bersabar kerana Allah (باب الصابرين لله).
3. Pintu orang-orang yang menjaga kemaluannya (باب الحافظين فروجهم والحافظات)
Dua Pintu Syurga
Ibnu Hajar Al-Asqolani menambahkan lagi di dalam kitabnya Fathul Bari
1. Pintu haji. Kata beliau: (وبقي من الأركان الحج فله باب بلا شك). Namun, pendapatnya itu tidak disertakan dengan dalil. Barangkali beliau atau orang yang mengatakannya demikian mengkiaskannya dengan rukun Islam yang lima. Dengan mengambil kira hadis-hadis tentang kelebihannya yang besar seperti; “Haji yang mabrur itu tidak ada ganjaran baginya melainkan syurga”.
2. Pintu ilmu (باب العلم). Namun menurut hemat saya, ilmu tidak termasuk dalam bab amal kerana pintu-pintu syurga itu mewakili amalan-amalan tertentu.
Enam Pintu Syurga
Manakala al-Qurtubi menyebut dalam al-Tazkirah bahawa pintu-pintu syurga itu lebih dari lapan buah. Beliau menyenaraikannya sehingga sebanyak 16 buah pintu tanpa mengambil kira dalil-dalilnya, sama ada kuat ataupun tidak. Pendapat beliau ini dibantah oleh Ibn Kathir (al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim). Namun disepakati oleh al-‘Ayni dalam ‘Umdah al-Qari. Antara yang disebut beliau sebagai tambahan ialah:
1. Pintu orang-orang yang redha (باب الراضين).
2. Pintu silaturrahim (باب الصلة).
3. Pintu umrah (باب العمرة).
4. Pintu dhuha (باب الضحى). Dalilnya hadis daif berikut (sumber zaad al-Maad bab Dhuha):
ثم روى الحاكم : حدثنا عبدان بن يزيد ، حدثنا محمد بن المغيرة السكري ، حدثنا القاسم بن الحكم العرني ، حدثنا سليمان بن داود اليمامي ، حدثنا يحيى بن أبي كثير ، عن أبي سلمة ، عن أبي هريرة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "إن للجنة بابا يقال له باب الضحى ، فإذا كان يوم القيامة نادى مناد : أين الذين كانوا يداومون على صلاة الضحى ، هذا بابكم ، فادخلوه برحمة الل
ه"
Antara yang disebut oleh Al-‘Allamah al-‘Ayni pula sebagai tambahan ialah:
5. Pintu zakat (باب الزكاة).
6. Pintu akhlak yang baik (باب الخلق الحسن). Dalilnya hadis berikut (sumber:http://islamport.com/w/srh/Web/840/7745.htm):
ذكر في كتاب التخبير للقشيري عن النبي صلى الله عليه وسلم: الخلق الحسن طوق من رضوان الله في عنق صاحبه. والطوق مشدود إلى سلسلة من الرحمة والسلسلة مشدودة إلى حلقة من باب الجنة حيث ما ذهب الخلق الحسن جرته السلسلة إلى نفسها حتى يدخله من ذاك الباب إلى الجنة

dan satu lagi pintu yang disebut Al-Qurtubi adalah bersumber dari hadis syiah dan saya tidak memasukkannya di sini. Wallahu a’lam.