Rahsia Kekayaan Apek
Ni adalah sedikit kisah untuk
renungan manusia sebangsa dengan kita dan kamu semua (Melayu).
Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari .
Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?
Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan .
bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."
Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak
tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah
pergi sambung pengajian di England
. Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah
atau meminjam dari orang ?
Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar
, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila
Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang
lain pula ."
Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor
melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu
katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam
kerana harga hanya 12 ribu .
Jawapan cina ," Tempat ini kan
dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah
."
Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu
meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah
dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?
Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar . Tak percaya ? Mungkin anda masih
perlu lebih teroka dunia . :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan