"
Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Gambaran
kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza
adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan
mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling
terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang
mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid
Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi
di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan
bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid
Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala
bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.
Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.
Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah
bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan
material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita
dapati hari ini.
Tidak percaya?.
Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir
besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka
adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan
kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang
seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah
terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet
kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah
banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali.
Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,
haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis
tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui
bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang
agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat
besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?
Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita
dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina
bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para
pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah
dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya
dalam jangka masa yang terhad (sesetengah
pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini
benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat
yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk
asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi
Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum
Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini
sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh
membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta
peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem
perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada
kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau
tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya
Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009
Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.
Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas
kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama
sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah
lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum
memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi
sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),
maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan
maju ketika Banjir Besar.
Mayat
bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung
radioaktif
Maka jika
berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan
kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan
Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang
seperti UFO. Peperangan juga melibatkan
kuasa nuklear seperti kesan- kesan
yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah
semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala
bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang
musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut
dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang
mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan
kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak
hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta
mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.
Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri
dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan
sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi
Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media
antarabangsa.
Bateri
Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
Masih
lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
Web
yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita
yang percaya kitalah masyarakat paling moden.
Dan yang paling
menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia
lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud
semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat
manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya
berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia
banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The
Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka
sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia.
Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat
bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun
bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang
setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka
ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula
berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu
malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil
mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai
kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti
menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah
miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga
mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa kukuhnya
binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih
kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu
sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula
ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera
tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi
dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang
terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.
Ingin tahu
lebih lanjut mengenai teknologi zaman dulu..klik di bawah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan